top of page

Agen Cap Dagang KL & Selangor yang berdaftar dengan MyIPO

Trademark Malaysia IP Firm Profile
Pasukan Kami

“TM” merujuk kepada cap dagangan yang merupakan perkhidmatan utama kami dan symbol “+” merujuk kepada nilai perkhidmatan kami. Kami sentiasa berusaha untuk memastikan matlamat pelanggan kami tercapai.

Pasukan dibelakang TM+ mempunyai pengalaman melebihi 10 tahun dalam membantu usahawan untuk mencapai tujuan komersial mereka melalui pendaftaran kepentingan harta intelek mereka. 

Pelanggan Kami


Pelanggan-pelanggan kami termasuk syarikat-syarikat Fortune Global 500 dan Forbes’ Global 2000, kerajaan asing, syarikat multinasional (MNC), syarikat asing, syarikat tempatan, perusahaan kecil dan sederhana (SME), syarikat baru dan individu. Pelanggan-pelanggan kami juga merupakan peneraju di dalam industri mereka sendiri termasuklah industri fesyen, insurans, perubatan, teknologi kecerdasan buatan (AI), bioteknologi dan sebagainya.

Siapa Kami

Pasukan kami terdiri daripada ejen-ejen tanda dagangan, reka bentuk perindustrian dan paten yang berdaftar dengan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) dan juga berpengalaman dalam selok belok proses dan juga aturan semasa dalam pendaftaran harta intelek.

Dengan pengalaman melebihi 10 tahun, pasukan kami berkebolehan untuk menyediakan nasihat yang pragmatik, time-sensitive dan bersifat komersial bagi memastikan hak pelanggan kami terpelihara dan dilindungi di dalam dan luar negara. 
 

bottom of page