top of page

HAK CIPTA

BAGAIMANA MELINDUNGI HAK CIPTA

 

Hak cipta adalah berkait secara eksklusif dengan ekpresi idea kepada sesebuah karya. Pelbagai jenis karya adalah layak untuk mendapat perlindugan hak cipta. Sebagai contoh buku, gambar foto, karya grafik, ukiran, logo, karya seni bina, filem, lukisan, muzik, program komputer, rakaman suara, siaran, susunan tipografi dan lain-lain.

Copyright Malaysia Tips to Know

PEMBERITAHUAN SUKARELA
Hak cipta terjadi secara automatik semasa berlakunya penciptaan karya tanpa memerlukan sebarang bentuk pendaftaran. Pada hakikatnya, tidak ada sistem pendaftaran di Malaysia untuk pendaftaran hak cipta. Walaupun demikian, Akta Hak Cipta memperuntukkan mekanisma pemberitahuan tentang kewujudan hak cipta dalam karya. Dengan adanya mekanisma pemberitahuan ini ia membolehkan pemilik hak cipta memperoleh sijil yang dikeluarkan oleh Pengawal Hak Cipta dan sijil ini berfungsi sebagai bukti pemilikan hak cipta.

TEMPOH PENYEMPURNAAN
Secara amnya, permohonan pemberitahuan sukarela hak cipta mengambil masa 3 sehingga 5 bulan.

TEMPOH SAH HAK CIPTA
Secara umum, tempoh masa hak cipta bagi karya kerja pengarang (karya sastera, muzik dan seni) adalah kehidupan pengarang dan ditambah 50 tahun setelah kematiannya.

PERLINDUNGAN HAK CIPTA 
Walaupun hak cipta wujud secara automatik, pemberitahuan sukarela hak cipta menjadi semakin popular. Ini adalah kerana sijil pemberitahuan hak cipta sangat berguna ketika pemilik hak cipta ingin memperlesenkan hak ciptanya kepada pihak lain atau memberikan hak ciptanya secara langsung. Selanjutnya, sijil juga boleh diguna pakai ketika mencari pelabur atau penaja.

Sila hubungi kami sekiranya anda memerlukan maklumat lanjut.
 

bottom of page