top of page

Daftar Cap Dagangan, Simbol, Jenama dan Logo Anda

Kepakaran kami merangkumi semua bidang bagi harta intelek iaitu cap dagangan, paten, reka bentuk perindustrian, hakcipta, rahsia perdagangan dan maklumat sulit, Kami membantu pelanggan kami mendapatkan pendaftaran hak harta intelek mereka (termasuklah cap dagangan, tanda, simbol, logo dan jenama)

Trademark Registration Malaysia

Pengetahuan Tempatan
Kepakaran Antarabangsa

Pendaftaran merupakan langkah pertama bagi memberikan perlindungan kepada cap dagangan anda. Lebih pentingnya lagi adalah nyahkunci nilainya melalui “Pengkomersialan”.

Pengkomersialan IP kepada pihak lain (selain daripada pemilik sendiri) boleh dilakukan melalui perlesenan, pemberian francais dan penyerahhakkan.

Sila beritahu kami sekiranya anda memerlukan maklumat lanjut.
 

Kami memberikan nasihat pada tepat masanya bagi memastikan hak pelanggan kami dijaga dengan baik sama ada di dalam mahupun luar negara.

Secara umum, hak harta intelek diberikan dan dikuatkuasakan oleh undang-undang dan badan nasional. Namun demikian, seiring dengan kegiatan inovasi dan perdagangan elektronik yang semakin pesat di peringkat global, perlindungan IP juga perlu diperluaskan ke negara-negara di mana anda memiliki atau berniat untuk memiliki perniagaan.

Melalui rangkaian firma-firma bersekutu luar negara kami, kami berupaya untuk mendapatkan pendaftaran hak harta intelek anda di negara-negara ASEAN, Asia dan Eropah. Kami mempunyai pengalaman dan memahami prosedur pendaftaran di luar negara. Kami dapat menasihati anda mengenai prosedur untuk melindungi harta intelek anda di luar negara dengan kaedah yang paling menjimatkan. Kami menyediakan perkhidmatan sehenti dan pelanggan kami tidak perlu bimbang mengenai menjejaki pelbagai tarikh akhir dan berurusan dengan pelbagai pihak dalam proses mendaftarkan harta intelek mereka di luar negara.
 

Trademark Agent Malaysia Expertise

Anti Pemalsuan &
Anti Pelanggaran

Trademark Infringement Malaysia and Court Suits

Selain itu, pasukan kami juga dilengkapi dengan pengetahuan undang-undang untuk menasihati anda mengenai isu-isu yang berkaitan dengan pelanggaran dan penguatkuasaan harta intelek. Kami bekerja rapat dengan pengamal undang-undang untuk mengeluarkan tuntutan undang-undang dan memulakan prosiding undang-undang untuk menghentikan aktiviti pelanggaran. Kami juga bekerjasama dengan Bahagian Penguatkuasaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna untuk memerangi cetak rompak.

bottom of page