CAP DAGANGAN
BAGAIMANA MELINDUNGI CAP DAGANG, SIMBOL, JENAMA DAN LOGO
Cap Dagangan dikenali sebagai “jenama”. Cap dagangan bertindak sebagai petunjuk untuk membolehkan pelanggan untuk mengecam produk dan juga perkhidmatan pemilik cap dagangan. Satu cap dagangan yang efektif berupaya meninggalkan tanggapan secara berpanjangan pada pelanggan anda melalui pandangan beberapa saat sahaja. Ini memudahkan penyebaran jenama anda kepada pelanggan sasaran anda.
PEMILIHAN KELAS
Di bawah mekanisma yang sedia ada, terdapat 45 jenis kelas barang dan perkhidmatan untuk anda pilih. Ini dikenali sebagai Pengkelasan Barangan/ Perkhidmatan.
Sebagai titik permulaan, anda haruslah terlebih dahulu mengecilkan skop anda dengan memilih kelas yang mengandungi barang/perkhidmatan yang ada dan secara perlahan memperluaskan pilihan permohonan anda ke barang/perkhidmatan berpotensi lain dimana anda merancang untuk diperkenalkan ke pasaran pada masa akan datang. Bergantung kepada keperluan perniagaan anda, kami akan menasihati anda mengenai pemilihan kelas.
TEMPOH PENYEMPURNAAN
Di Malaysia, permohonan cap dagangan yang lancar (iaitu tanpa bantahan dan penentangan) mengambil masa antara 12 sehingga 18 bulan untuk diselesaikan. Pemeriksaan boleh dipercepatkan di bawah keadaan tertentu.
TEMPOH SAH DIGUNA PAKAI
Setelah pendaftaran Berjaya dilakukan, pendaftaran berkuatkuasa selama 10 tahun dikira bermula daripada tarikh penyerahan permohonan. Pendaftaran cap dagangan boleh diperbaharui setiap 10 tahun.
PERLINDUNGAN CAP DAGANGAN
Sebaik sahaja anda mengemukakan permohonan, anda bolehlah menggunakan tanda ‘TM’ pada cap dagangan anda. Setelah pendaftaran diperolehi, anda dibenarkan untuk letak tanda ® pada cap dagangan bagi memberitahu masyarakat umum bahawa cap anda telahpun didaftarkan.
Perlindungan cap dagangan terhad kepada negara di mana pendaftaran diberikan. Ini bermakna bahawa jika anda ingin mendapatkan perlindungan di luar negara, anda perlu menghubungi pejabat harta intelek luar negara. Walau bagaimanapun, terdapat mekanisma pemfailan antarabangsa seperti Madrid Protocol dan Paris Convention.
Sila hubungi kami sekiranya anda memerlukan maklumat lanjut.