top of page
Cari
TM Plus Admin

Pelanggaran Cap Dagangan di Platform E-Commerce



Pada malam minggu, anda sedang skroll aplikasi Shopee secara biasa. Dengan perasaan ingin tahu, anda pun search cap dagangan anda di Shopee. Anda terkejut apabila mendapati terdapat banyak peniaga yang menjual produk dengan cap dagangan anda. Produk tersebut nampaknya tidak berasal dari syarikat anda. Apa yang anda boleh lakukan?


Malangnya, Lazada dan Shopee tidak akan mempedulikan aduan anda melainkan anda merupakan pemilik berdaftar kepada cap dagangan yang telah diciplak oleh penjual lain di platform masing-masing.


Di halaman Shopee, ia adalah dinyatakan seperti berikut: 'untuk membantu kami melindungi hak-hak anda, kami memerlukan dokumen sokongan yang mencukupi serta sah yang membuktikan kewujudan pemilikan hak yang dituntut di bidang kuasa yang berkenaan...’


Menurut Dasar Pelanggaran Hak Harta Intelek Lazada, ia dinyatakan bahawa: 'untuk mengemukakan notis pelanggaran IPR (iaitu Hak Harta Intelek), anda mesti memiliki atau memegang lesen eksklusif, IPR yang menjadi subjek notis pelanggaran atau menjadi ejen yang bertulis dan kebenaran yang ditandatangani dari pemilik hak atau pemegang lesen eksklusif untuk mengemukakan notis bagi pihaknya.’


Dalam erti kata lain, Shopee dan Lazada tidak akan mengambil tindakan terhadap pelanggaran cap dagangan milikan anda sekiranya anda tidak mendapatkan pendaftaran cap dagangan anda terlebih dahulu.


Masalah pengguatkuasaan hak cap dagangan oleh pihak yang tidak mempunyai pendaftaran cap dagangan terserlah dalam kes Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur A&M Beauty Wellness Sdn Bhd v Shopee Mobile Malaysia Sdn Bhd.


Dalam kes ini, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak satu permohonan perintah injunksi sementara terhadap Shopee untuk memaksa mereka mengeluarkan dari platform Shopee senarai barang-barang yang melanggar cap dagangan. Mahkamah Tinggi mendapati bahawa Plaintif tidak merupakan pemilik berdaftar cap dagangan dan oleh itu tidak mempunyai hak untuk mengekalkan tindakan undang-undang berkenaan pelanggaran cap dagangan.


Oleh itu, sama ada anda menjual produk anda secara atas talian atau tidak, tanpa pendaftaran cap dagangan, anda akan mengalami masalah untuk menguatkuasakan hak anda.

Ini adalah sukar bagi anda untuk mendapatkan maklumat peniaga yang menciplak cap dagangan anda dan selepas itu melantik peguam untuk mengeluarkan surat peguam terhadap penciplak. Ini adalah kerana maklumat mengenai identiti pedagang yang meniru cap dagagan anda adalah hanya diketahui oleh pemilik platform sahaja dan tidak mudah didapati.


Tambahan, pendaftaran cap dagangan juga memberi anda hak untuk meminta tindakan penguatkuasaan dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna termasuk melakukan serbuan terhadap mana-mana penciplak dan juga merampas barangan palsu. Ini bagi memastikan bahawa semua usaha yang anda lakukan untuk membina jenama anda tidak akan menjadi sia-sia sahaja.


Sama ada anda suka atau tidak, membeli-belah atas talian (online shopping) sudah menjadi tren yang merevolusikan cara kita menjalankan perniagaan. Perniagaan atas talian tidak memerlukan kos yang tinggi, maka semakin banyaklah barang pelanggaran cap dagangan yang dijual secara atas talian.


Ramai percaya bahawa untuk mendaftarkan jenama anda adalah memerlukan kos yang tinggi namun sebaliknya, pendaftaran cap dagangan adalah sangat berpatutan. Daftarlah sebelum terlambat.


Kami mempunyai pengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang harta intelek dan berjaya membantu menyelesaikan banyak masalah harta intelek.


Sekiranya anda menghadapi masalah menarik mengenai harta intelek, sila kongsikan di bawah.

27 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua

Commentaires


bottom of page