Ahmad menyedari bahawa potret keluarganya telah disiarkan di laman Facebook yang dikendalikan oleh jurugambar tersebut untuk tujuan publisiti. Dia berasa geram tetapi adakah dia adalah pemilik asal hakcipta yang sebenarnya?
Pada suatu hari, pelanggan kami Ahmad datang kepada kami untuk meminta nasihat. Kakak Ahmad telah menamatkan pengajiannya di Universiti Malaya. Ahmad memutuskan untuk mengupah seorang juru gambar profesional untuk mengambil potret keluarganya untuk mengabadikan detik bermakna ini. Selepas 3 bulan kemudian, Ahmad menyedari bahawa potret keluarganya telah disiarkan di laman Facebook yang dikendalikan oleh jurugambar tersebut untuk tujuan publisiti. Dia berasa geram tetapi adakah dia adalah pemilik asal hakcipta yang sebenarnya?
Secara umumnya, pengarang gambar tersebut memiliki hak cipta foto tersebut. Tetapi siapa pengarang gambar foto? Akta Hak Cipta 1987 menyatakan bahawa seorang pengarang berkenaan dengan gambar foto bermaksud 'orang yang mengatur pengambilan gambarnya'. Dalam erti kata lain, ini bermaksud jurugambar memiliki hakcipta gambar foto.
Namun, keadaan adalah berbeza apabila jurugambar diupah oleh seseorang untuk mengambil gambar. Akta Hak Cipta 1987 menetapkan bahawa apabila seseorang diupah untuk mengambil gambar, hak cipta dianggap akan dipindahkan kepada orang yang mengupah jurugambar tersebut. Jadi, dalam senario yang disebutkan di awal artikel ini, Ahmad sebagai pengupah, memiliki hak cipta potret keluarga.
Akhirnya, undang-undang membenarkan pihak-pihak untuk menyimpang daripada peraturan umum ini sekiranya mereka bersetuju kepadanya. Ini bermaksud bahawa pengupah boleh bersetuju agar jurugambar memiliki hak cipta. Kadang-kadang perjanjian seperti ini dapat dijumpai dalam kertas terma dan syarat. Oleh itu, pastikan anda memahami sepenuhnya semua terma dan syarat bertulis yang diberikan kepada anda sebelum anda mengupah jurugambar anda secara rasmi.
Jika Ahmad tidak memindah hak cipta kepada jurugambar, maka sebagai pemilik hak cipta gambar foto, Ahmad mempunyai hak untuk meminta juru gambar untuk memadamkan foto dari halaman Facebook tersebut.
Kami mempunyai pengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang harta intelek dan berjaya membantu menyelesaikan banyak masalah harta intelek. Sekiranya anda mempunyai persoalan harta intelek, sila nyatakan di ruang komen.
Comments